Pages

Filem oh Filem

Perlukah penonton tempatan disogokkan dengan adegan-adegan panas (18sx) untuk  melariskan jualan sesebuah filem? Contohnya: 




      Aduhai...sekarang dah jadi 'trend' pulak untuk selitkan adegan-adegan panas lagi terlampau dalam filem tempatan..Dah hilang power ke filem tempatan kita sampai perlu sangat tunjukkan keghairahan yang sebegitu? Bukan setakat filem, drama pun dah ikut jejak langkah yang sama.

          Hmmm...sesebuah filem yang berkualiti lagi bermutu sepatutnya memberi impak yang positif pada 'penonton' atau istilah yang lain 'masyarakat', yang membuka minda, mata dan fikiran. Sepatutnya filem itu menjadi salah satu platform untuk memberi kesedaran pada penonton. Tak kisahlah dalam apa bentuk 'genre' sekalipun, baik komedi, romantik, mahupun seram.

        Yang paling penting; kita ni orang Melayu, beragama Islam. Hidup kita ni ada pegangan..dalam apa jua yang kita lakukan mestilah ada batas-batas. Nak kata salah filem pun tak boleh jugak..sebabnya salahnya pada manusia tu sendiri. Manusia yang mencorakkan macam mana sesebuah filem tu terjadi..macam jugak teknologi..

               Bila gambar seksi @ video lucah sendiri tersebar, salahkan internet...sedangkan salah tu terletak pada diri kita sendiri. 'Gambar kita tanggungjawab kita'. 

Ingatan untuk aku: Apa-apa yang kita lakukan mestilah berlandaskan jalan yang betul...tanya diri sendiri: Allah redha tak dengan setiap perbuatan kita?



0 comments:

Post a Comment