Pages

Aku yang terlupa

      Manusia mudah lupa dengan janji-janji sendiri. Walaupun kita berusaha untuk tunaikan janji tu tapi terkadang kita akan terlupa. Kenapa terlupa? Kerana terleka. Lagi-lagi bila kita berjanji dengan Allah. Bersemangat buat azam tak nak buat jahat lagi, berazam tak nak buang masa, berazam nak jaga mata, telinga, lidah & seluruh anggota badan dari buat maksiat. Tapi kadang-kadang janji tinggal janji. Sebab itu orang selalu kata nak buat baik kena istiqamah, walaupun secara perlahan-lahan tapi berterusan.
      
      Dalam kes aku ni, aku terleka seketika. Aku janji dengan diri sendiri untuk perbaiki diri aku tapi perlahan-lahan aku tinggalkan janji aku. Kadang-kadang rasa bersalah tu hadir dalam diri aku sebab aku seolah-olah khianat dengan diri sendiri. Aku lupa yang Allah boleh tarik balik segala nikmat yang aku dapat selama ni. Kadang-kadang bila aku dalam kesusahan aku mengeluh sedangkan aku tahu Allah menguji, kadang-kadang aku menangis meratapi kesusahan yang aku alami sedangkan ku tahu Allah sedang memberi pengajaran padaku.


      Terkadang aku ingat aku ni sudah cukup baik & cukup ilmu tapi hakikatnya aku masih jahil. Makin banyak benda aku tahu makin banyak benda yang aku tak tahu. Ada orang mengatakan: 
                   
        " Jangan pula berbangga jika kita dalam kebenaran. Justeru, tiada jaminan kita akan seterusnya benar sepanjang hayat".
          " Dosa yang menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur".


        Sebab itulah aku harus teruskan janji aku untuk perbaiki diri aku kerna ku tahu kelemahanku terletak pada hati dan lidah. Dengan ingat pada kelemahanku, aku akan ingat pada janjiku. Mudah-mudahan aku sentiasa beringat...dan beringat.

Kenangan

Masa aku sekolah menengah dulu aku ada minat ngan sorang senior. Masa tu aku tingkatan 3, dia pulak tingkatan 5. Mula2 aku cuma suka tengok dia je sebab dia nampak kemas  & orangnya  agak low profile. Tapi kawan aku ni pedajal aku, dia tulis nama aku kat atas meja lab sains cakap aku suka dia. Bila aku dapat tahu aku padam, tapi rupa-rupanya kawan aku tulis lagi balik sebelum kitorang keluar kelas sains. Lepas tu abis la geng2 senior tu dok cari sapa lah empunya diri yg dikaitkan ngan kawan diorg. Dan bermulalah kisah aku dan si dia, kenangan manis buat aku. Aku layan jelah perangai sengal kawan2 aku ngan geng2 senior tu,  tapi dalam diam aku memang dah suka  betul kat senior tu. Aku  jadikan semua tu sebagai aku punya semangat utk belajar. Walaupun senior tu tak tahu yg aku mmg suka kat dia, tapi aku simpan semua kenangan tu dalam2 kat hati sebagai sesuatu yg sangat berharga sebab kenangan tulah yg buatkan aku tersenyum dikala aku berduka.


Itulah kenangan cinta monyet aku kat sekolah dulu..kadang2 aku rasa macam cerita drama pun ada.. lps abis spm  aku cubalah cari dia tapi aku tak  tahu  nak mula camne. Contact kawan2 dia pun xde. jd bermula tahun 2010 bila facebook dah semakin popular aku cuba cari nama dia kat facebook. Tapi  malangnya tak  ade. Aku tak putus asa dan aku cari lagi dgn add kawan2 dia. Dan akhirnya mggu lpas aku tergerak hati nak  tengok facebook kawan dia & aku tengok gambar klas diorg. Tiba2 aku terjumpa link gambar tu ngan facebook senior tu. patutlah selama ni aku tak jumpa, rupanya dia guna  nama lain. Tersenyum sendiri bila aku dah jumpa..dari segi penampilan dia dh berubah sikit. Kalo perlakuan aku  tak pasti . Aku dh cuba add dia tapi tak terbalas pun. Apa2 pun aku tak kisah, yg penting aku tahu  perkembangan semasa dia..kalo dia tak ingat pun aku, aku tak  kisah...walau dia dah kawin sekalipun, aku doakn yg terbaik utk dia & moga2 dia bahagia hingga akhir hayat. SEBAB: dia sebahagian daripada kenangan terindah yg pernah hadir dalam hidup aku.

Peringatan utk aku

Semestar baru bermula dan ini merupakan semestar akhirku. Mulanya aku rasa tertekan sbb ramai kwn yg dh grade dan lagi satu, subjek yg aku ambik sem ni boleh dikatakan subject "killer". Dlm kelas kne duduk dlm kmplan, 3-4 org. Ade 1 kls ni aku cuma masuk je mane2 kmpln walaupun aku xknl sgt. Mula2 aku tak boleh nk  ngam sgt ngan diorang sbb ade foreigner dlm kmpln tu. Lg satu aku ni jnis pendiam  & tak bnyk ckp sgt. Ak tak reti nk express bnyk2 dlm English. Aku ingtkn diorg ngumpat aku la, ckp blkg2. Tpi lama2 aku rasa sebenarnya diorg ok je, cume aku je yg tak reti nk bergaul.


Semestar ni kls ramai org yg aku tak kenal, jd suasana belajar aku pun jd janggal, dlm kata lain "awkward".Aku plg tak suka kls hari selasa & khamis. Tiap hari aku kata, aku benci kls tu..benci..
Tapi lama2 bila aku fikir balik, walau benci macam mana sekalipun kls tu, aku kne tetap hadapi jgk, sbb aku kne hormat ilmu.


Point kat sini adalah:

1) jgn mudah nk nilai org kalau kte tak kenal org tu lg, sbb kdg2 apa yg kita byangkan tu tak  sama dgn realiti sbnr.


2) ilmu perlu dicari, ditimba, dan dihargai. Tak kisahla susah mcm mana skalipun kte ttp kne usaha jgk utk suka ilmu tu. selagi ia tak m'beri kemudaratan pd kita, selgi itu kte kne tuntut ilmu.