Pages

Cinta dan Sahabat

Adakah benar perempuan dan lelaki boleh bersahabat baik? Tidak timbulkah perasaan cinta?


Sememangnya lelaki akan tertarik pada perempuan dan sebaliknya kerana ia adalah fitrah manusia. Tapi aku selalu terfikir, "boleh ke  lelaki dengan perempuan jadi kawan baik @ dalam istilah lain 'best friend'...Bagi pendapat aku, tak ada istilah 'best friend' antara lelaki dan perempuan. SEBAB: bila kita dah berkawan baik pastinya akan timbul perasaan suka, sayang, cinta. Mungkin si lelaki suka pada si perempuan atau si perempuan suka pada si lelaki. Fenomena ini dikenali sebagai cinta platonik: cinta si sahabat....


Tapi, pastinya orang akan berkata; "Aku dengan dia kawan jela, mana ada apa-apa." "Dia tu best friend aku la." Ya, memang betul... kalau kita  je yang rasa macam tu. Tapi, macam mana pulak kalau pihak  lagi satu salah faham dengan kebaikan kita? Mana tahu dalam diam dia dah lama pendam perasaan pada kita..kita tak tahu.


Sebab itulah, nak berkawan boleh tapi jangan terlalu baik. SEBAB: satu hari, pasti akan timbul perasaan lain dalam diri kita. Bila kita dah luahkan perasaan tu, si dia tak dapat nak terima. Akhirnya, putuslah sebuah persahabatan...berakhirlah kisah....


Jadi, KESIMPULANNYA: bagi aku tiada istilah sahabat baik antara lelaki dan perempuan...

0 comments:

Post a Comment