Pages

Aku yang terlupa

      Manusia mudah lupa dengan janji-janji sendiri. Walaupun kita berusaha untuk tunaikan janji tu tapi terkadang kita akan terlupa. Kenapa terlupa? Kerana terleka. Lagi-lagi bila kita berjanji dengan Allah. Bersemangat buat azam tak nak buat jahat lagi, berazam tak nak buang masa, berazam nak jaga mata, telinga, lidah & seluruh anggota badan dari buat maksiat. Tapi kadang-kadang janji tinggal janji. Sebab itu orang selalu kata nak buat baik kena istiqamah, walaupun secara perlahan-lahan tapi berterusan.
      
      Dalam kes aku ni, aku terleka seketika. Aku janji dengan diri sendiri untuk perbaiki diri aku tapi perlahan-lahan aku tinggalkan janji aku. Kadang-kadang rasa bersalah tu hadir dalam diri aku sebab aku seolah-olah khianat dengan diri sendiri. Aku lupa yang Allah boleh tarik balik segala nikmat yang aku dapat selama ni. Kadang-kadang bila aku dalam kesusahan aku mengeluh sedangkan aku tahu Allah menguji, kadang-kadang aku menangis meratapi kesusahan yang aku alami sedangkan ku tahu Allah sedang memberi pengajaran padaku.


      Terkadang aku ingat aku ni sudah cukup baik & cukup ilmu tapi hakikatnya aku masih jahil. Makin banyak benda aku tahu makin banyak benda yang aku tak tahu. Ada orang mengatakan: 
                   
        " Jangan pula berbangga jika kita dalam kebenaran. Justeru, tiada jaminan kita akan seterusnya benar sepanjang hayat".
          " Dosa yang menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur".


        Sebab itulah aku harus teruskan janji aku untuk perbaiki diri aku kerna ku tahu kelemahanku terletak pada hati dan lidah. Dengan ingat pada kelemahanku, aku akan ingat pada janjiku. Mudah-mudahan aku sentiasa beringat...dan beringat.

0 comments:

Post a Comment