Pages

Dalam kelas Islamic Literature aku ada belajar pasal kata-kata hikmah Saidina Ali. Lecturer masa tu suruh hafal sepuluh untuk midterm exam. Tapi untuk tatapan semua aku senaraikan beberapa kata-kata yang aku sangat suka:
" He who praises you murders you"
" Silence is the best reply to a fool"
" The best speech is one that is short and reasonable"
" Sorrow makes a man old before his time"
" A stranger is he who has no friends"
" Forgiveness is the crown of greatness"
" Opportunity is swift of flight but slow to return"
" The disease of heart is worse than the disease of the body"
"The word of God is the medicine of the heart"
" It is better to die than to beg"
" Truth is  bitter, but its result is sweet; falsehood appears to be sweet but it is poisonous in its effect"

Aku yang terlupa

      Manusia mudah lupa dengan janji-janji sendiri. Walaupun kita berusaha untuk tunaikan janji tu tapi terkadang kita akan terlupa. Kenapa terlupa? Kerana terleka. Lagi-lagi bila kita berjanji dengan Allah. Bersemangat buat azam tak nak buat jahat lagi, berazam tak nak buang masa, berazam nak jaga mata, telinga, lidah & seluruh anggota badan dari buat maksiat. Tapi kadang-kadang janji tinggal janji. Sebab itu orang selalu kata nak buat baik kena istiqamah, walaupun secara perlahan-lahan tapi berterusan.
      
      Dalam kes aku ni, aku terleka seketika. Aku janji dengan diri sendiri untuk perbaiki diri aku tapi perlahan-lahan aku tinggalkan janji aku. Kadang-kadang rasa bersalah tu hadir dalam diri aku sebab aku seolah-olah khianat dengan diri sendiri. Aku lupa yang Allah boleh tarik balik segala nikmat yang aku dapat selama ni. Kadang-kadang bila aku dalam kesusahan aku mengeluh sedangkan aku tahu Allah menguji, kadang-kadang aku menangis meratapi kesusahan yang aku alami sedangkan ku tahu Allah sedang memberi pengajaran padaku.


      Terkadang aku ingat aku ni sudah cukup baik & cukup ilmu tapi hakikatnya aku masih jahil. Makin banyak benda aku tahu makin banyak benda yang aku tak tahu. Ada orang mengatakan: 
                   
        " Jangan pula berbangga jika kita dalam kebenaran. Justeru, tiada jaminan kita akan seterusnya benar sepanjang hayat".
          " Dosa yang menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur".


        Sebab itulah aku harus teruskan janji aku untuk perbaiki diri aku kerna ku tahu kelemahanku terletak pada hati dan lidah. Dengan ingat pada kelemahanku, aku akan ingat pada janjiku. Mudah-mudahan aku sentiasa beringat...dan beringat.

Kenangan

Masa aku sekolah menengah dulu aku ada minat ngan sorang senior. Masa tu aku tingkatan 3, dia pulak tingkatan 5. Mula2 aku cuma suka tengok dia je sebab dia nampak kemas  & orangnya  agak low profile. Tapi kawan aku ni pedajal aku, dia tulis nama aku kat atas meja lab sains cakap aku suka dia. Bila aku dapat tahu aku padam, tapi rupa-rupanya kawan aku tulis lagi balik sebelum kitorang keluar kelas sains. Lepas tu abis la geng2 senior tu dok cari sapa lah empunya diri yg dikaitkan ngan kawan diorg. Dan bermulalah kisah aku dan si dia, kenangan manis buat aku. Aku layan jelah perangai sengal kawan2 aku ngan geng2 senior tu,  tapi dalam diam aku memang dah suka  betul kat senior tu. Aku  jadikan semua tu sebagai aku punya semangat utk belajar. Walaupun senior tu tak tahu yg aku mmg suka kat dia, tapi aku simpan semua kenangan tu dalam2 kat hati sebagai sesuatu yg sangat berharga sebab kenangan tulah yg buatkan aku tersenyum dikala aku berduka.


Itulah kenangan cinta monyet aku kat sekolah dulu..kadang2 aku rasa macam cerita drama pun ada.. lps abis spm  aku cubalah cari dia tapi aku tak  tahu  nak mula camne. Contact kawan2 dia pun xde. jd bermula tahun 2010 bila facebook dah semakin popular aku cuba cari nama dia kat facebook. Tapi  malangnya tak  ade. Aku tak putus asa dan aku cari lagi dgn add kawan2 dia. Dan akhirnya mggu lpas aku tergerak hati nak  tengok facebook kawan dia & aku tengok gambar klas diorg. Tiba2 aku terjumpa link gambar tu ngan facebook senior tu. patutlah selama ni aku tak jumpa, rupanya dia guna  nama lain. Tersenyum sendiri bila aku dah jumpa..dari segi penampilan dia dh berubah sikit. Kalo perlakuan aku  tak pasti . Aku dh cuba add dia tapi tak terbalas pun. Apa2 pun aku tak kisah, yg penting aku tahu  perkembangan semasa dia..kalo dia tak ingat pun aku, aku tak  kisah...walau dia dah kawin sekalipun, aku doakn yg terbaik utk dia & moga2 dia bahagia hingga akhir hayat. SEBAB: dia sebahagian daripada kenangan terindah yg pernah hadir dalam hidup aku.

Peringatan utk aku

Semestar baru bermula dan ini merupakan semestar akhirku. Mulanya aku rasa tertekan sbb ramai kwn yg dh grade dan lagi satu, subjek yg aku ambik sem ni boleh dikatakan subject "killer". Dlm kelas kne duduk dlm kmplan, 3-4 org. Ade 1 kls ni aku cuma masuk je mane2 kmpln walaupun aku xknl sgt. Mula2 aku tak boleh nk  ngam sgt ngan diorang sbb ade foreigner dlm kmpln tu. Lg satu aku ni jnis pendiam  & tak bnyk ckp sgt. Ak tak reti nk express bnyk2 dlm English. Aku ingtkn diorg ngumpat aku la, ckp blkg2. Tpi lama2 aku rasa sebenarnya diorg ok je, cume aku je yg tak reti nk bergaul.


Semestar ni kls ramai org yg aku tak kenal, jd suasana belajar aku pun jd janggal, dlm kata lain "awkward".Aku plg tak suka kls hari selasa & khamis. Tiap hari aku kata, aku benci kls tu..benci..
Tapi lama2 bila aku fikir balik, walau benci macam mana sekalipun kls tu, aku kne tetap hadapi jgk, sbb aku kne hormat ilmu.


Point kat sini adalah:

1) jgn mudah nk nilai org kalau kte tak kenal org tu lg, sbb kdg2 apa yg kita byangkan tu tak  sama dgn realiti sbnr.


2) ilmu perlu dicari, ditimba, dan dihargai. Tak kisahla susah mcm mana skalipun kte ttp kne usaha jgk utk suka ilmu tu. selagi ia tak m'beri kemudaratan pd kita, selgi itu kte kne tuntut ilmu.

My family..the greatest gift




Hai..adik2 ku sayang...macam-macam perangai. Kadang-kadang rasa geram, gembira, sedih, semua dalam satu. Tapi apa-apa pun dioranglah harta yang aku ada kat dunia ni. Tanpa diorang siapalah aku sekarang ni. Biasalah kalo ade salah faham, tapi lepas tu baik balik. Sebab tu lah hargailah keluarga kita selagi diorang ada bersama kita, jangan dah hilang baru nak menyesal.
Memang tak dinafikan akan ada rasa cemburu sesama sendiri tapi kalau boleh buangkan jauh-jauh perasaan tu, ingat yang kita sama je. Tak kisah la sape yang lebih, yang penting hubungan kekeluargaan tu tak pudar. Aku sekarang cuba untuk belajar bersabar dan mengalah, sebab aku pun manusia biasa tak sempurna. Aku nak jugak jadi kakak yang terbaik untuk adik-adik aku...walaupun nampak macam payah, tapi aku akan cuba yang terbaik...insya-allah.

I hate when I cursing myself

      Frustrated, sad, angry, thinking like an idiot....those words make me hate myself more...urgh! I can't rely on myself...just hate it. Work less but hoping to get something more than what I did. Living alone only made me inhuman, I don't bother about others...how pathetic I am. I live in my on world for too long, since I was kid, only me and my world. I hate to be friends with others because I will only hurting them, make them sad...I'm good in making people hate me...I've lost my true self...I've lost my confident, my hope...This new year only make me sad...truly sad. Something happen in my life, my family. That make me feel lost...
       I'm grateful that I was born in this world but sometimes I feel unsatisfied because I'm not work hard for myself...my family...there is a place that I really want to go but sadly it just in my dream...high, top on the mountain..one big tree with beautiful flower dancing happily with the wind...the cloud smiling on the sky and I was under that tree looking at them smile peacefully...I really hope that I can find my true self again...my happiness, my family happiness.

Ramadhan yg hilang

Ramadhan dh berlalu dan aku sedih sebab sepanjang ramadhan tak banyak amal kebaikan yg ak buat. Sembahyang terawih pun aku banyak tinggal, mengaji pun jarang, sembahyang sunat apatah lagi. Sangat2 rugi ramadhan aku kali ini. Sebab tulah raya tahun ni aku tak rasa sangat suasana meriah. Aku leka...mudah-mudahan masih ada lgi ramadhan  untuk aku tahun akan datang dan aku diberi kesempatan untuk memperbaiki diri aku..amin...

Mungkin ini adalah salah satu dugaan dr Allah pd aku, Allah datangkan kelalaian pd aku sebab aku lupa pd Dia. Aku hanya ingat pd Allah bila ak susah, bila senang aku lupa.Banyak lagi perkara yg aku kne muhasabah..pada ramadhan kali ini banyk perkara yg berlaku pada aku. Aku diuji dengan kesedihan..mudah-mudahan kebahagian akan hadir dlam keluarga aku, seisi keluarga saling cinta mencintai,hormat menghormati...

Ramadhan yg hilang, akn aku ingat ape yg telah aku tinggalkan pd ramadan kali ini dan menggantikan ape yg telah hilang dengan sesuatu yg lebih baik...insya-allah