Masa aku sekolah menengah dulu aku ada minat ngan sorang senior. Masa tu aku tingkatan 3, dia pulak tingkatan 5. Mula2 aku cuma suka tengok dia je sebab dia nampak kemas & orangnya agak low profile. Tapi kawan aku ni pedajal aku, dia tulis nama aku kat atas meja lab sains cakap aku suka dia. Bila aku dapat tahu aku padam, tapi rupa-rupanya kawan aku tulis lagi balik sebelum kitorang keluar kelas sains. Lepas tu abis la geng2 senior tu dok cari sapa lah empunya diri yg dikaitkan ngan kawan diorg. Dan bermulalah kisah aku dan si dia, kenangan manis buat aku. Aku layan jelah perangai sengal kawan2 aku ngan geng2 senior tu, tapi dalam diam aku memang dah suka betul kat senior tu. Aku jadikan semua tu sebagai aku punya semangat utk belajar. Walaupun senior tu tak tahu yg aku mmg suka kat dia, tapi aku simpan semua kenangan tu dalam2 kat hati sebagai sesuatu yg sangat berharga sebab kenangan tulah yg buatkan aku tersenyum dikala aku berduka.
Itulah kenangan cinta monyet aku kat sekolah dulu..kadang2 aku rasa macam cerita drama pun ada.. lps abis spm aku cubalah cari dia tapi aku tak tahu nak mula camne. Contact kawan2 dia pun xde. jd bermula tahun 2010 bila facebook dah semakin popular aku cuba cari nama dia kat facebook. Tapi malangnya tak ade. Aku tak putus asa dan aku cari lagi dgn add kawan2 dia. Dan akhirnya mggu lpas aku tergerak hati nak tengok facebook kawan dia & aku tengok gambar klas diorg. Tiba2 aku terjumpa link gambar tu ngan facebook senior tu. patutlah selama ni aku tak jumpa, rupanya dia guna nama lain. Tersenyum sendiri bila aku dah jumpa..dari segi penampilan dia dh berubah sikit. Kalo perlakuan aku tak pasti . Aku dh cuba add dia tapi tak terbalas pun. Apa2 pun aku tak kisah, yg penting aku tahu perkembangan semasa dia..kalo dia tak ingat pun aku, aku tak kisah...walau dia dah kawin sekalipun, aku doakn yg terbaik utk dia & moga2 dia bahagia hingga akhir hayat. SEBAB: dia sebahagian daripada kenangan terindah yg pernah hadir dalam hidup aku.
0 comments:
Post a Comment