Pages

Pabila aku dikritik oleh kawanku…kwang..kwang..kwang




Kawan aku cakap blog aku akan dapat banyak anti fan sebab asyik kritik orang je kerjanya…hmmm..betul ke aku asyik kritik org je? Mungkin betul jugak kata-kata kawan aku tu.. dalam hati nak je kata (lantak aku la, blog aku). Tapi yelah, manusia ni kadang-kadang ego dia tinggi, tak nak mengaku salah padahal dalam hati dah kata ye, mulut je yang kata tidak. Nak jugak kata..yang kita cuma luahkan apa yang kita rasa dan jugak nak luahkan pendapat kita..maklumlah kononnya orang yang tahu segala-galanya..padahal sama je macam orang lain..

Hai, itulah orang kata… nak kritik orang lain nilai diri sendiri dulu, baik ke tidak, sempurna ke tidak. Lepas ni aku kena ubah la style penulisan aku kat blog, biar MANTAP lagi MELETUP!!! Pergh, penat la aku lepas ni nak perah otak…

Filem oh Filem

Perlukah penonton tempatan disogokkan dengan adegan-adegan panas (18sx) untuk  melariskan jualan sesebuah filem? Contohnya: 




      Aduhai...sekarang dah jadi 'trend' pulak untuk selitkan adegan-adegan panas lagi terlampau dalam filem tempatan..Dah hilang power ke filem tempatan kita sampai perlu sangat tunjukkan keghairahan yang sebegitu? Bukan setakat filem, drama pun dah ikut jejak langkah yang sama.

          Hmmm...sesebuah filem yang berkualiti lagi bermutu sepatutnya memberi impak yang positif pada 'penonton' atau istilah yang lain 'masyarakat', yang membuka minda, mata dan fikiran. Sepatutnya filem itu menjadi salah satu platform untuk memberi kesedaran pada penonton. Tak kisahlah dalam apa bentuk 'genre' sekalipun, baik komedi, romantik, mahupun seram.

        Yang paling penting; kita ni orang Melayu, beragama Islam. Hidup kita ni ada pegangan..dalam apa jua yang kita lakukan mestilah ada batas-batas. Nak kata salah filem pun tak boleh jugak..sebabnya salahnya pada manusia tu sendiri. Manusia yang mencorakkan macam mana sesebuah filem tu terjadi..macam jugak teknologi..

               Bila gambar seksi @ video lucah sendiri tersebar, salahkan internet...sedangkan salah tu terletak pada diri kita sendiri. 'Gambar kita tanggungjawab kita'. 

Ingatan untuk aku: Apa-apa yang kita lakukan mestilah berlandaskan jalan yang betul...tanya diri sendiri: Allah redha tak dengan setiap perbuatan kita?



Cinta dan Sahabat

Adakah benar perempuan dan lelaki boleh bersahabat baik? Tidak timbulkah perasaan cinta?


Sememangnya lelaki akan tertarik pada perempuan dan sebaliknya kerana ia adalah fitrah manusia. Tapi aku selalu terfikir, "boleh ke  lelaki dengan perempuan jadi kawan baik @ dalam istilah lain 'best friend'...Bagi pendapat aku, tak ada istilah 'best friend' antara lelaki dan perempuan. SEBAB: bila kita dah berkawan baik pastinya akan timbul perasaan suka, sayang, cinta. Mungkin si lelaki suka pada si perempuan atau si perempuan suka pada si lelaki. Fenomena ini dikenali sebagai cinta platonik: cinta si sahabat....


Tapi, pastinya orang akan berkata; "Aku dengan dia kawan jela, mana ada apa-apa." "Dia tu best friend aku la." Ya, memang betul... kalau kita  je yang rasa macam tu. Tapi, macam mana pulak kalau pihak  lagi satu salah faham dengan kebaikan kita? Mana tahu dalam diam dia dah lama pendam perasaan pada kita..kita tak tahu.


Sebab itulah, nak berkawan boleh tapi jangan terlalu baik. SEBAB: satu hari, pasti akan timbul perasaan lain dalam diri kita. Bila kita dah luahkan perasaan tu, si dia tak dapat nak terima. Akhirnya, putuslah sebuah persahabatan...berakhirlah kisah....


Jadi, KESIMPULANNYA: bagi aku tiada istilah sahabat baik antara lelaki dan perempuan...

Why I hate shopping

1) ramai orang buat aku pening-pening lalat...

2) banyak barang nak kena bawak kalau dah shopping sakan..penat..duit pun melayang...


3) banyak sangat pilihan buat aku ternganga..terkedu..terdiam..tak tahu nak buat apa..


TAPI.....apa yang aku suka:

1)BOOKS.....



2) FOODS.........



Apabila cinta menjadi suatu obsesi

Sekarang ni pengaruh Korea dah sampai tahap global. Kalau ke mana-mana orang akan bercakap mengenai Korea dan fenomena ini dikenali sebagai "Korean Wave@ Hallyu Wave". Tapi malangnya, terkadang tanpa kita sedar ada pengaruh yang tak baik kita ikut. Contohnya, dari segi pemakaian, percakapan, pergaulan, dan juga dari segi pemikiran. Dunia semakin canggih tapi pemikiran manusia masih lagi sempit. Baru-baru ni gempar peminat fanatik menyerang artis terkenal di Korea. Mereka dikenali sebagai "sasaeng fan". Obsesi mereka sangat terlampau. 

Apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini, apabila cinta bertukar menjadi obsesi, ia akan menjadi sesuatu yang menakutkan. Bila aku baca pasal benda ni kat internet, aku terfikir, "diorang ni takde life ke?", "apsal la nak sibuk sangat pasal artis tu, bukannya tuhan pun nak puja sangat?" Tapi bila tengok dari perspektif peminat tu sendiri mungkin itu suatu kepuasan bagi diorang. Tapi kalau dilihat dari logik akal semua tu mengarut. KENAPA? Sebab ada banyak lagi benda yang kita boleh buat selain daripada sibuk pasal hidup orang lain. Cinta bila dipupuk untuk tujuan yang baik, baiklah ia..

Sebab itu dalam Islam, Allah mengajar manusia supaya cintailah Dia dari segala-galanya..sebab cinta  dari Dia yang Maha Esa tak pernah mengecewakan...

Aku mengaku yang aku sendiri pun minat jugak cerita-cerita dari Korea, selalu jugak dengar lagu2 Korea. Tapi aku selalu ingatkan diri aku, jangan jadi terlalu obses dengan benda2  macam ni, pandai-pandailah kawal diri..

Benda yang baik kita ikut..contohnya: sikap tepati masa, kuat berusaha, hormat orang tua, jaga kebersihan alam...tak kisahlah orang Korea ke, orang barat ke...

Apa yang penting sekali, jangan sampai kita hilang jati diri kita, jangan kita lupa siapa diri kita..sentiasa ingat Islam adalah pegangan hidup kita...
Dalam kelas Islamic Literature aku ada belajar pasal kata-kata hikmah Saidina Ali. Lecturer masa tu suruh hafal sepuluh untuk midterm exam. Tapi untuk tatapan semua aku senaraikan beberapa kata-kata yang aku sangat suka:
" He who praises you murders you"
" Silence is the best reply to a fool"
" The best speech is one that is short and reasonable"
" Sorrow makes a man old before his time"
" A stranger is he who has no friends"
" Forgiveness is the crown of greatness"
" Opportunity is swift of flight but slow to return"
" The disease of heart is worse than the disease of the body"
"The word of God is the medicine of the heart"
" It is better to die than to beg"
" Truth is  bitter, but its result is sweet; falsehood appears to be sweet but it is poisonous in its effect"

Aku yang terlupa

      Manusia mudah lupa dengan janji-janji sendiri. Walaupun kita berusaha untuk tunaikan janji tu tapi terkadang kita akan terlupa. Kenapa terlupa? Kerana terleka. Lagi-lagi bila kita berjanji dengan Allah. Bersemangat buat azam tak nak buat jahat lagi, berazam tak nak buang masa, berazam nak jaga mata, telinga, lidah & seluruh anggota badan dari buat maksiat. Tapi kadang-kadang janji tinggal janji. Sebab itu orang selalu kata nak buat baik kena istiqamah, walaupun secara perlahan-lahan tapi berterusan.
      
      Dalam kes aku ni, aku terleka seketika. Aku janji dengan diri sendiri untuk perbaiki diri aku tapi perlahan-lahan aku tinggalkan janji aku. Kadang-kadang rasa bersalah tu hadir dalam diri aku sebab aku seolah-olah khianat dengan diri sendiri. Aku lupa yang Allah boleh tarik balik segala nikmat yang aku dapat selama ni. Kadang-kadang bila aku dalam kesusahan aku mengeluh sedangkan aku tahu Allah menguji, kadang-kadang aku menangis meratapi kesusahan yang aku alami sedangkan ku tahu Allah sedang memberi pengajaran padaku.


      Terkadang aku ingat aku ni sudah cukup baik & cukup ilmu tapi hakikatnya aku masih jahil. Makin banyak benda aku tahu makin banyak benda yang aku tak tahu. Ada orang mengatakan: 
                   
        " Jangan pula berbangga jika kita dalam kebenaran. Justeru, tiada jaminan kita akan seterusnya benar sepanjang hayat".
          " Dosa yang menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur".


        Sebab itulah aku harus teruskan janji aku untuk perbaiki diri aku kerna ku tahu kelemahanku terletak pada hati dan lidah. Dengan ingat pada kelemahanku, aku akan ingat pada janjiku. Mudah-mudahan aku sentiasa beringat...dan beringat.